Maklumat Korporat

Mengenai Ninjakeris

Pengenalan

Memperkasakan Anak Malaysia Melalui Pembelajaran Bahasa Jepun

Wabak COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan negara kita ke suatu tahap yang berbeza. Bagi berhadapan dengan norma baharu, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPr) bagi mengekang jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah Malaysia.

Pembelajaran di rumah hadir dengan kekangannya yang tersendiri, di mana sambungan internet, kekangan masa guru dalam mengejar silibus, kekangan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum melalui kaedah video-conferencing masing-masing telah menyebabkan pelajar Malaysia ketinggalan banyak peluang sepanjang menularnya wabak COVID-19.

Dalam masa yang sama, terdapat juga orang dewasa yang ingin meneroka bahasa baharu sebagai nilai tambah dalam urusan harian mereka. Ini termasuklah mereka yang berhasrat mengambil peperiksaan Japanese Language Proficiency Test (JLPT) yang dianjurkan oleh The Japan Foundation bagi menilai tahap kefasihan bahasa Jepun seseorang.

Di sinilah Ninjakeris memainkan peranan bagi memperkasa kemampuan anak Malaysia untuk mempelajari bahasa Jepun dengan kaedah yang efektif dalam masa 6 bulan. Alhamdulillah, sehingga hari ini, seramai lebih 100 orang telah mendapat manfaat dari kelas percubaan percuma dan kelas bulanan berbayar yang dianjurkan Ninjakeris.

Masa muda adalah masa terbaik untuk belajar dan meneroka ilmu baharu. Sementara kekuatan akal kita masih segar, marilah sama-sama kita pelajari ilmu bahasa Jepun ini bagi meneroka dunia dari sudut pandang yang berbeza. Walaupun dunia kini pesat dengan penggunaan artificial intelligence (kepintaran buatan) bagi tujuan penterjemahan, yakinilah bahawa kefahaman yang mampu mendatangkan keyakinan (conviction) hanya akan hadir melalui wisdom atau hikmah.

Kepintaran mesin melalui artificial intelligence (kepintaran buatan) tidak akan mampu menghasilkan artificial wisdom (hikmah buatan). Hikmah adalah barang yang hilang dalam kalangan orang yang beriman, yang mana Baginda Nabi s.a.w bersabda, “Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.”

Mari bersama Ninjakeris dalam mencapai misi memperkasa anak Malaysia melalui pembelajaran bahasa Jepun!

知っていなければ愛せない

Tak kenal maka tak cinta.

Profil

Muhamad Firdaus Ali

Pengurusan, Operasi dan Pembangunan Perniagaan

Shahirffan Addam

Promosi, Pemasaran dan Akademik /
Guru Bahasa Jepun

Nurul Iman Noor Azman

Akademik dan Pembangunan Silibus /
Guru Bahasa Jepun

Muhammad Azhar Hakimi

Guru Bahasa Jepun

Amani Amirah Ismail

Guru Bahasa Jepun

Prinsip Panduan

Visi

Menjadi pusat pendidikan bahasa Jepun yang unggul menjelang 2030.

Misi

Menjadi rujukan utama pembelajaran bahasa Jepun dalam bahasa Melayu di peringkat global.

Objektif

  • Menawarkan pendidikan bahasa dan budaya Jepun bersekali bagi membentuk anak Malaysia yang rajin berusaha dan kuat jati diri.

  • Memanfaatkan ruang pembelajaran norma baharu dalam talian untuk mendidik masyarakat pengetahuan tambahan yakni bahasa Jepun.

  • Membina sinergi antara pemegang sijil JLPT bagi menghasilkan silibus bahasa Jepun yang bersesuaian dengan pasaran tempatan.

"Saya tidak mengatakan dengan pilu,
Cara memperbaiki keadaan orang Melayu,
Saya mahu supaya tiap-tiap seorang Melayu insaf,
Supaya tidak sentiasa berpuas hati dengan sederhana"

Almarhum Prof. Diraja Ungku Aziz
Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.