教務課

Hal Ehwal Akademik

Silibus

Silibus ini dirangka supaya pelajar dapat menguasai penulisan hiragana dan katakana, serta dapat berkomunikasi dengan asas bahasa Jepun dalam masa 6 bulan. Untuk mengetahui bagaimana ia dilaksanakan, rujuk proses pembelajaran.
  • Pengenalan ひらがな (hiragana) dan カタカナ (katakana)
  • Pengenalan kepada 漢字 (kanji)
  • Penguasaan 会話 (kaiwa). Kaiwa membawa maksud dialog atau perbualan dalam bahasa Jepun.
  • Tatabahasa asas bahasa Jepun
  • 語彙 (goi) - Perbendaharaan kata
  • Membangunkan dialog sendiri dalam bahasa Jepun

Proses Pembelajaran

Bagi mencapai perangkaan silibus yang dirancang, pelajar Ninjakeris akan menghadapi proses di bawah sepanjang pengajian. Ini bermakna, para pelajar perlu memberikan komitmen terhadap perkara di bawah supaya pemindahan pengetahuan atau knowledge transfer berjalan lancar.

授業 (jugyou)

Jugyou membawa makna kelas.
Para pelajar Ninjakeris hendaklah memberikan komitmen terhadap kelas mingguan yang dilaksanakan selama 2 jam seminggu. Ketidakhadiran mesti dimaklumkan kepada sensei yang bertugas agar rakaman kelas dapat dibuat. Sila ambil maklum bahawa ketidakhadiran tanpa makluman akan menyebabkan rakaman kelas tidak dapat dibuat dan pelajar akan ketinggalan pembelajaran bagi sesi berkenaan.

まとめテスト (Matome Testo)

Matome testo membawa makna ujian topikal.

Setiap kali pelajar tamat belajar suatu topik, pelajar akan menghadapi matome testo yang disediakan oleh sensei. Pemarkahannya akan dibuat berdasarkan markah purata kelas. Sewaktu ujian, pelajar dikehendaki membuka kamera dan menghantar gambar kertas ujian yang lengkap dijawab setelah peperiksaan tamat.

宿題 (shukudai)

Shukudai membawa makna kerja rumah.

Setiap kali kelas selesai, para sensei akan mengagihkan kerja rumah yang perlu disiapkan oleh pelajar dalam jangka masa tertentu. Penangguhan kerja rumah akan mendatangkan kesukaran pada pelajar dikemudian hari. Maka, menjadi suatu kewajipan untuk pelajar menghantar kerja rumah dalam waktu yang ditetapkan melalui Google Classroom.

再 (sai)

Sai membawa makna pengulangan.

Sekiranya pencapaian pelajar dalam shukudai ataupun matome testo dalam keadaan kurang memberansangkan, sensei akan meminta pelajar membuat pembetulan untuk shukudai atau mengulangi peperiksaan sehingga mencapai markah purata keseluruhan pelajar batch berkenaan.

Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.