Sabtu lepas, 4 September 2021, Ninjakeris telah menganjurkan sesi taklimat buat pelajar Batch ke-4 bagi meraikan dan mengalu-alukan kemasukan mereka ke dalam ekosistem pembelajaran Ninjakeris.
Sesi taklimat telah dimulakan dengan bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh saudara Salman bin Zulkifle, diikuti ucaptama dari Pengetua Ninjakeris, Firdaus-sensei dan taklimat akademik oleh Addam-sensei.
Dalam sesi ini juga, pelajar digandingkan dengan guru masing-masing melalui breakout room bagi menentukan waktu perjalanan kelas mingguan bahasa Jepun.
Ninjakeris juga mengalu-alukan kehadiran dua orang guru baharu Ninjakeris, iaitu Cik Amani Amirah dan Encik Muhammad Azhar Hakimi.
Ambilan kali ini menyaksikan kemasukan 17 orang pelajar baharu ke ekosistem Ninjakeris.
忍者ケリスへようこそ!