Bagaimana Cara Menyambung Pelajaran ke Jepun 🇯🇵 bersama Ninjakeris

23
August 2021

Pada 20 Ogos lepas, Ninjakeris telah menganjurkan sebuah sesi voice chat di Telegram bagi mengupas cara menyambung pelajaran ke Jepun di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ninjakeris telah menjemput beberapa orang panelis dari universiti Jepun. Nota yang disertakan di bawah adalah hasil catatan saudara Afiq, salah seorang pendengar Ninjakeris pada malam berkenaan.


Moderator : Saudara Shahirffan Adam (Utsunomiya University)

Panel-panel :
🎙 Saudara Firdaus (Shiga University)
🎙 Saudari Fatimah (Wakayama University)
🎙 Saudara Arif (Nara Technical College)


📝 Perkongsian saudara Arif : 

1) Bagaimana cara melanjutkan pengajian ke INTEC dan seterusnya ke Jepun?

  • Sejurus selepas keputusan SPM dikeluarkan

  • Berbekalkan keputusan cemerlang dalam SPM, pelajar boleh melayari website Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memohon (boleh search JKPJ JPA)

  • untuk pengetahuan semua, program di INTEC adalah bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) dan nama program pengajian di INTEC untuk melanjutkan pengajian ke Jepun adalah Kejuruteraan Teknikal Jepun

  • Kursus/ course yang ditawarkan bawah program JKPJ adalah kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial (sila rujuk website JPA untuk maklumat lanjut)

  • untuk ke Jepun, bidang yang ditawarkan di INTEC hanyalah kejuruteraan sahaja 

  • Hampir kesemua pelajar persediaan ke Jepun di INTEC adalah pelajar tajaan JPA dan beberapa sahaja pelajar private

  • untuk maklumat lanjut berkaitan pelajar private, boleh layari website INTEC. Pelajar private akan belajar selama 1 tahun Japanese Prepatory Programme di INTEC dan 1 tahun di Japanese Language School di Jepun (Rujuk : https://intec.edu.my/wp-content/uploads/2021/05/Brochure-Pre-U-2021_version-5.05.21-2.30pm.pdf). Selepas itu boleh mengambil Examination for Japanese University Admission for International Students (EJU) untuk meneruskan pengajian Bachelor Degree di universiti Jepun 

  • berbeza pula dengan pelajar tajaan JPA, mereka akan belajar selama 22 bulan di INTEC. Kemudian mereka melanjutkan pengajian peringkat Diploma selama 3 tahun di salah sebuah Kosen di Jepun dan Ijazah Pertama juga di Jepun

2) Apakah perbezaan melanjutkan pengajian di INTEC, dibandingkan dengan AAJ dan PBT?

(a) Peperiksaan

  • berbeza dengan PBT dan AAJ yang akan mengambil peperiksaan EJU, peperiksaan untuk melanjutkan pengajian ke Jepun di INTEC adalah 文科省 (monkashou)

  • Peperiksaan monkashou adalah peperiksaan khusus untuk melanjutkan pengajian di Kosen. Subjek yang diambil sama seperti pelajar EJU iaitu Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Matematik dan Bahasa Jepun (kelayakan minima untuk melanjutkan pengajian ke Kosen adalah mendapat purata markah bagi kelima-lima subjek tadi melebihi 60%)

  • sejak tahun 2014, 100% pelajar lulus peperiksaan Monkashou di INTEC  (https://intec.edu.my/ktj-achievement/) dan berjaya melanjutkan pengajian ke Jepun (7 tahun berturut-turut)

  • monkashou lebih senang sedikit berbanding EJU 

(b) Tempoh pengajian

  • berbanding dengan tempoh pengajian di AAJ dan PBT iaitu selama 20 bulan, tempoh pengajian di INTEC adalah selama 22 bulan

  • kerana di INTEC terdapat kursus diakhir pengajian yang memanjangkan sedikit tempoh tersebut

  • berbanding dengan 4 tahun Bachelor Degree selepas berjaya tamat persediaan di PBT dan AAJ, pelajar dari INTEC akan meneruskan pengajian Diploma selama 3 tahun di Kosen dan Ijazah Pertama selama 2 tahun di universiti (total : 5 tahun)

  • berbanding dengan pelajar dari PBT dan AAJ yang boleh memilih universiti untuk sambung pengajian (maksudnya boleh jadi 4-5 orang belajar di sesebuah universiti yang sama), pelajar dari INTEC akan diletakkan di Kosen seluruh Jepun (kebiasannya 1 orang setiap Kosen; ada rezeki boleh jadi 2 orang)

(c) Apakah bentuk tawaran pengajian setibanya di Jepun dan apa itu Kosen?

  • 4 tahun Ijazah Pertama bagi pelajar lepasan PBT dan AAJ

  • 3 tahun Diploma dan 2 tahun Ijazah Pertama bagi pelajar lepasan INTEC

  • kalau di Malaysia, Kosen ini menyerupai kolej vokasional/ sekolah teknik (tujuan penubuhan untuk memberi penekanan kepada kemahiran pelajar seperti pengendalian mesin, peranti elektronik dsb) 

  • di Kosen, pelajar dari INTEC masuk sebagai pelajar tahun ketiga (senpai) dan bukannya tahun pertama (kōhai)

  • contoh jadual di Kosen, terdapat satu hari untuk menjalankan eksperimen mengikut kursus yang diambil

  • suasana belajar di Kosen sama seperti dalam suasana pelajaran dalam anime


📝 Perkongsian saudari Fatimah :

(a) Serba sedikit tentang Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ)

  • dikenali dengan nama AAJ yang sebenarnya nama kolej persediaan di Universiti Malaya

  • RPKJ merupakan satu tawaran penajaan (dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah; PBU) oleh JPA di bawah Program Khas JPA MARA (boleh search RPKJ UM/ JPA MARA) yang mana program ini dikhaskan untuk pemohon berketurunan Melayu/ Bumiputera sahaja (berbanding Program Khas JKPJ yang terbuka kepada semua bangsa di Malaysia)

  • AAJ terletak di kawasan Pusat Asasi Sains (PASUM), UM 

  • bidang yang ditawarkan di AAJ hanyalah Sains dan Teknologi (S&T) dan Kejuruteraan sahaja

  • tiada private student dan semua pelajar adalah pelajar tajaan JPA

  • bilangan pelajar adalah mengikut polisi JPA pada tahun tersebut (tawakal semasa apply)

(b) Tempoh dan struktur pengajian di AAJ

  • 2 tahun, 4 semester 

  • pada semester 1, pelajar RPKJ belajar sama seperti pelajar local yang lain iaitu di PASUM; kuliyah bersama local sensei/ lecturers

  • semester 1 penuh dengan kelas² asas bahasa jepun seperti pembelajaran sistem tulisan, perbualan, pengenalan diri, kebudayaan, adab dsb.

  • subjek yang dipelajari adalah subjek Sains, Matematik dan Fizik dalam dwibahasa (BM/ENG)

  • pada semester 1, guru² Jepun akan berada dibelakang sebagai teaching assistant

  • pada semester 2, semua kuliyah disampaikan oleh sensei² dari Jepun (sepenuhnya dalam bahasa Jepun)

  • setiap hari, setiap subjek pasti ada kuiz/ test

  • akan ada peperiksaan diakhir semester 2 yang menentukan anda layak atau tidak meneruskan pengajian ke tahun 2 (pelajar yang gagal/ tidak dapat cope akan ditamatkan pengajian; juga ditamatkan penajaan)

(c) EJU

  • pelajar di AAJ akan mengambil ujian EJU yang melayakkan mereka memohon universiti² awam/ kebangsaan di Jepun

  • selain EJU (yang menentukan kelayakan universiti sahaja), pelajar di AAJ akan menduduki exam bernam Final Exam 4 atau dipanggil Shuryou Shiken (peperiksaan penghabisan/ penamatan) yang akan menentukan pelajar layak bergraduasi dari AAJ

  • pelajar kena pass EJU dan Shuryou Shiken untuk masuk ke universiti di Jepun


📝 Perkongsian saudara Firdaus :

(a) PBT

  • satu-satunya pusat persediaan yang menawarkan bidang Sains Sosial (seperti ekonomi, sejarah, antropologi dll) selain S&T dan Kejuruteraan seperti di AAJ dan INTEC

  • pelajar di PBT adalah sama ada pelajar tajaan JPA atau pelajar private (tempat terhad)

  • ibubapa yang berkemampuan bolehlah mendaftarkan anak mereka sebagai pelajar private (yuran pelajar private agak mahal)

  • di bawah Program Khas JPA MARA sama seperti RPKJ dan permohonan dilakukan di website JPA (iklan di website Majlis Amanah Rakyat, MARA)

  • semua guru adalah warga Jepun asli

  •  terletak di sebelah Midvalley di Jalan Seputeh, KL

(b) Tempoh dan struktur pengajian

  • kursus persediaan selama 20 bulan

  • dimulakan dengan pembelajaran bahasa Jepun

  • seterusnya Matematik (ini sangat penting kerana perbezaan cara pembelajaran di Malaysia)

  • selepas itu baru pelajar didedahlan dengan subjek² Sains Sosial seperti Sejarah, Geografi, Politik dan Ekonomi (diajar oleh 2 orang guru yang berbeza tapi subjek yang sama)

  • pembelajaran tentang bagaimana hubungan sosial dunia berfungsi. Pembelajaran sepenuhnya dalam bahasa Jepun

(c) Exam setiap semester, EJU dan Shuryou Shiken

  • setiap semester akan ada exam bagi menentukan takat mana yang kita sudah belajar

  • bertujuan untuk membuat laporan penilaian pelajar untuk diserahkan kepada JPA bagi mengetahui prestasi akademik pelajar (untuk menentukan pelajar layak meneruskan pengajian atau tidak)

  • exam penamat bagi pelajar PBT sama seperti di AAJ iaitu EJU dan juga Shuryou Shiken

  • EJU diambil di satu pusat peperiksaan yang mengumpulkan semua calon EJU (akan ada rasa tekanan, untuk bersaing dengan pelajar² lain di seluruh dunia yang mengambil subjek berkenaan)

(d) Kediaman/asrama pelajar

  • pelajar di INTEC dan AAJ masing² tinggal di kolej kediaman di dalam INTEC dan juga UM manakala pelajar PBT tinggal di sebuah kondominium yang terletak 5 km jarak dari PBT

  • berulang-alik setiap hari pergi ke PBT pada jam 7.15 a.m. di waktu pagi dan balik pada 5 p.m. di waktu petang


Harapan, nasihat dan tips kepada pendengar 🗣🎧


💡 Saudara Arif

  • kuatkan mental. Nak tak nak 2 minggu pertama kita mesti sudah boleh membaca, menulis dan menghafal hiragana dan katakana dengan lancar. Seterusnya kanji. Contohnya di INTEC, pelajar akan belajar 15 kanji sehari dan perlu membuat tugasan menulis semula kanji tersebut sebanyak 4-5 kali. Hari seterusnya juga ada ujian kecil untuk menguji ingatan tentang kanji² yang telah dipelajari. Kita kena belajar bersungguh-sungguh, pulun malam selepas kita belajar untuk hafal kanji yang kita dah belajar; sebab esok akan belajar benda baharu. Tiada istilah 'nanti' di pusat persediaan bahasa Jepun ni. Memang tak akan buatlah kalau mindset begini. Kalau nak, kita kena struggle lebih

  • kita perlu keluar daripada zon selesa kita dalam menuju kearah dewasa. Anggap kesusahan yang kita lalui sekarang sebagai cabaran

  • cuba berani dan jangan takut untuk membuat keputusan dan pilihan. Kita perlu kuat kerana setiap tempat pasti ada cabaran yang tersendiri

💡 Saudari Fatimah

  • jangan malu bertanya

  • berusaha bersungguh-sungguh semasa belajar agar kita berjaya melanjutkan pengajian

  • Minat macam mana sekalipun, kalau kita main² dan tak berusaha, kita tak akan lepas ke peringkat seterusnya diakhir nanti

💡 Saudara Firdaus

  • berada di pusat persediaan Bahasa Jepun ini mendidik kita menjadi rendah diri. Sebab banyak benda yang kita tak tahu. Perkara ini sebenarnya memberi kekuatan kepada diri kita 

  • Kesungguhan adalah satu kemestian dalam diri kita kerana bayamgkan bagaimana kita nak hadap atau menempuh dugaan yang lebih besar di masa akan datang seperti di alam pekerjaan dsb?

  • tak faham dan ingin bertanya tentang sesuatu, refer pada guru

  • selagi kita menghargai penat lelah pengajian, Insya-Allah ada outcome yang baik dihujungnya

💡 Saudara Shahirffan Addam

  • walaupun selalu kena marah, kena panggil dengan sensei untuk sesi face-to-face sebab tak perform dalam exam, jadikan ia sebagai satu pengajaran buat diri kita

  • Sistem pembelajaran Jepun sangatlah berbeza dengan Malaysia. Sensei juga tidak terikut budaya Malaysia. Etika dan Adab di kelas sangatlah dijaga. Contohnya, duduk kaki bersilang pun kena tegur. Cara masuk bilik guru pun ada ucapannya

  • Di pusat persediaan kita semua sama

がんばりましょう!

Artikel Popular

Bagaimana Cara Menyambung Pelajaran ke Jepun 🇯🇵 bersama Ninjakeris

23 August 2021
Pada 20 Ogos lepas, Ninjakeris telah menganjurkan sebuah sesi voice chat di Telegram bagi mengupas cara menyambung pe...

Majlis Graduasi Pelajar Ninjakeris pada 19 Feb 2022

22 February 2022
Zoom, 19 Feb - Pada 19 Februari yang lepas, Ninjakeris telah menjalankan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar yang t...

Penampilan Ninjakeris di Jurnal The Kyoushi Community

03 September 2021
Pada 31 Ogos lepas, Malaysia Community of Japanese Language Educator telah menerbitkan jurnal mereka The Kyoushi Comm...
Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.