Program Silang Budaya bersama Rakan dari Jepun pada 15 September

16
September 2021

Zoom, 15 Sept - Pada malam menjelang Hari Malaysia, Ninjakeris telah menganjurkan sebuah program silang budaya bersama rakan-rakan dari Jepun. Program ini bertujuan menggalakkan pelajar mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di kelas Ninjakeris dalam pertemuan secara virtual ini.

Dalam sesi ini, beberapa orang rakyat Jepun yang diketuai oleh Saudara George telah menyertainya. Perbualan bersama mereka berkait situasi terkini COVID-19 di kedua-dua buah negara dan sedikit sebanyak perbualan kasual.

Rakan-rakan dari Jepun ini kebanyakan mereka berusia 15 tahun ke atas (rata-rata pelajar sekolah menengah di sana). Pejabat Hal Ehwal Akademik menghargai komitmen para pelajar dan guru dalam memeriahkan program ini. Diharapkan apabila prestasi bahasa Jepun para pelajar kian meningkat kelak, perbualan akan menjadi lebih mesra dan profesional.

Poster program yang diberikan kepada pelajar sebelum program berlangsung

Artikel Popular

Majlis Graduasi Pelajar Ninjakeris pada 19 Feb 2022

22 February 2022
Zoom, 19 Feb - Pada 19 Februari yang lepas, Ninjakeris telah menjalankan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar yang t...

Hidayatul Insyirah Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Syarahan Bahasa Jepun

12 September 2021
BANGI, 12 Sep - Hidayatul Insyirah, pelajar Batch ke-3 Ninjakeris telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Pe...

Penampilan Ninjakeris di Jurnal The Kyoushi Community

03 September 2021
Pada 31 Ogos lepas, Malaysia Community of Japanese Language Educator telah menerbitkan jurnal mereka The Kyoushi Comm...
Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.