Pertemuan Pengasas Ninjakeris bersama YB Tun Dr Mahathir

19
May 2021

Pada 5 Mei lepas, para pengasas Ninjakeris telah mengadakan pertemuan bersama YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi bagi mendapatkan buah fikir beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7.

Pertemuan yang berlangsung selama 50 minit itu menyaksikan nasihat-nasihat yang diberikan oleh Dr. Mahathir buat kami sebagai orang muda. Sebagai seorang negarawan, negara telah banyak mengambil manfaat dari dasar ekonomi yang dilaksanakan pada zaman beliau.

Dalam masa yang sama, kami bertukar-tukar pandangan mengenai Dasar Pandang ke Timur yang beliau lancarkan pada tahun 1983 sebagai respons terhadap dasar Buy British Last pada masa itu.

Ninjakeris sempat menyerahkan profil korporatnya, yang memaparkan pelan jangka masa pendek dan panjang untuk rujukan YABhg. Tun Dr. Mahathir.

Semoga pertemuan ini dapat menyemai kebijaksanaan dalam jiwa pengasas Ninjakeris dalam menyempurnakan misi dan visinya.

Sabda Nabi SAW :

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها  فهو  أحق  بها  (رواه  الترمذي)

Maksudnya: Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Pertemuan ini diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang menempatkan pejabat mantan Perdana Menteri berkenaan. Terima kasih kepada pegawai pejabat YABhg. Tun Dr. Mahathir atas peluang yang diberikan.

YB - gelaran Yang Berhormat kepada mereka yang dilantik sebagai Ahli Dewan Rakyat melalui pilihan raya, atau mereka yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong atau Dewan Undangan Negeri.

YABhg - gelaran Yang Amat Berbahagia bagi mantan Perdana Menteri Malaysia dan pasangan mereka. Gelaran Yang Amat Berbahagia adalah susulan kepada gelaran Yang Amat Berhormat yang diberikan kepada PM ketika memegang jawatan berkenaan.

Artikel Popular

Penampilan Ninjakeris di Jurnal The Kyoushi Community

03 September 2021
Pada 31 Ogos lepas, Malaysia Community of Japanese Language Educator telah menerbitkan jurnal mereka The Kyoushi Comm...

Hidayatul Insyirah Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Syarahan Bahasa Jepun

12 September 2021
BANGI, 12 Sep - Hidayatul Insyirah, pelajar Batch ke-3 Ninjakeris telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Pe...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Peperiksaan JLPT?

19 August 2021
Peperiksaan Japanese Language Proficiency Test atau dikenali sebagai JLPT adalah instrumen yang digunakan bagi menila...
Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.