Ninjakeris mengumumkan pelantikan saudari Nurul Iman Noor Azman sebagai Guru Bahasa Jepun, Ninjakeris berkuatkuasa 13 Mac 2021. Nurul Iman, 19 adalah seorang graduan Pusat Bahasa Teikyo dan kini dijadualkan melanjutkan pelajaran ke Chiba University, Japan dalam tahun ini.
Sepanjang penglibatan beliau dalam menguasai bahasa Jepun, beliau telah merangkul pelbagai kejayaan termasuk pelajar terbaik persediaan bahasa Jepun, Pusat Bahasa Teikyo bagi kohort F44 pada tahun 2021.
Iman, yang juga pelajar Tajaan Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam juga menampilkan minat yang tinggi dalam bahasa Jepun sejak usia persekolahan. Beliau telah menyertai pelbagai aktiviti kesenian yang melibatkan kedua-dua buah negara - iaitu Malaysia dan Jepun termasuklah penyertaan ke pertandingan tarian dan kesenian tertentu.
Alumnae SMS Tapah ini menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap bahasa Jepun, dan bercita-cita untuk bekerja keras bagi mengekalkan hubungan yang erat antara kedua-dua negara yang telah dijalinkan sejak 1982 lagi.
Tamat.