Majlis Graduasi Pelajar Ninjakeris pada 19 Feb 2022

22
February 2022

Zoom, 19 Feb - Pada 19 Februari yang lepas, Ninjakeris telah menjalankan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar yang telah menamatkan pengajian 6 bulan intensif bahasa Jepun bersama Ninjakeris.

Silibus pengajian 6 bulan ini membolehkan pelajar menduduki ujian Japanese Language Proficiency Test (JLPT) N5. Sepanjang tempoh pengajian yang berlangsung dalam talian, pelajar dikehendaki menghafal kanji dan kotoba (perbendaharaan kata) serta tatabahasa Jepun.

Shahirffan Addam, Penyelaras Akademik Ninjakeris dalam majlis berkenaan menyifatkan komitmen yang diberikan oleh pelajar sepanjang pengajian telah membuahkan hasil yang sangat baik, di mana sebilangan besar pelajar dapat menguasai asas bahasa Jepun setelah pengajian tamat.

Pengetua Ninjakeris, Firdaus Ali dalam sebuah kenyataan berkata, Ninjakeris sedang mempertimbangkan untuk menawarkan silibus Ninjakeris Tahap 2, bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian asas bahasa Jepun.

Majlis ini juga menyaksikan saudari Noorhusna Abd Halim dari Batch ke-2 dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Ninjakeris Batch ke-2, manakala saudari Nurul Aqilla Mohd Sharif dari Batch ke-3 Addam-sensei dipilih sebagai Pelajar Terbaik Ninjakeris Batch ke-3 (Addam-sensei), dan saudari Adlin Sofiya dari Batch ke-3 Iman-sensei dipilih sebagai Pelajar Terbaik Ninjakeris Batch ke-3 (Iman-sensei).

Manakala, Anugerah Kehadiran Penuh pula dirangkul oleh Hidayatul Insyirah, Muhd Syahmi dan Danial.

Semoga para pelajar terus bersemangat dalam usaha mempelajari bahasa Jepun!

お疲れ様でした!

Artikel Popular

Majlis Graduasi Pelajar Ninjakeris pada 19 Feb 2022

22 February 2022
Zoom, 19 Feb - Pada 19 Februari yang lepas, Ninjakeris telah menjalankan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar yang t...

Pertemuan Pengasas Ninjakeris bersama YB Tun Dr Mahathir

19 May 2021
Pada 5 Mei lepas, para pengasas Ninjakeris telah mengadakan pertemuan bersama YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Ahli P...

Forum Ninjakeris bersama Rakan dari Jepun

13 September 2021
Zoom, 13 Sept - Pada 9 September lepas, Penyelaras Akademik Ninjakeris, Encik Muhammad Shahirffan Addam telah mengend...
Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.