Hidayatul Insyirah Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Syarahan Bahasa Jepun

12
September 2021

BANGI, 12 Sep - Hidayatul Insyirah, pelajar Batch ke-3 Ninjakeris telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan Syarahan Bahasa Jepun atau スピーチコンテスト yang dianjurkan oleh pihak Ninjakeris. Pemenang tempat pertama berkenaan dianugerahkan wang tunai RM100, sijil penghargaan dan sijil pengiktirafan.

Selain Hidayatul Insyirah, Annur Fazlyn dan Adlin Sofiya masing-masing dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan yang dijalankan secara julung-julung kali berkenaan.

Penyelaras Akademik Ninjakeris, Muhammad Shahirffan Addam dalam sebuah kenyataan berkata, pertandingan syarahan ini dianjurkan dengan tujuan menggilap bakat pelajar Ninjakeris dan menilai kemampuan mereka setelah menyertai kelas intensif selama 3 bulan.

Selain menggilap bakat baharu, pertandingan ini juga merupakan platform untuk pelajar Ninjakeris mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam dunia sebenar perbualan bahasa Jepun.

Perhimpunan Pelajar Ninjakeris pada 12 September.

Pengumuman pemenang dan persembahan syarahan oleh peserta terpilih telah diadakan bersama dengan Perhimpunan Pelajar Ninjakeris pada tarikh sama.

Selain syarahan bahasa Jepun, perhimpunan ini juga berperanan sebagai medan interaksi antara senpai (senior) dan kouhai (junior) Ninjakeris. Guru-guru pula boleh memberikan nasihat yang bersesuaian dengan prestasi semasa pelajar.

Video penyertaan pelajar boleh ditonton di Instagram @ninjakeris di pautan www.instagram.com/ninjakeris.

Video pemenang tempat pertama, saudari Hidayatul Insyirah binti Amad Sabri.

Artikel Popular

Hidayatul Insyirah Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Syarahan Bahasa Jepun

12 September 2021
BANGI, 12 Sep - Hidayatul Insyirah, pelajar Batch ke-3 Ninjakeris telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Pe...

Majlis Graduasi Pelajar Ninjakeris pada 19 Feb 2022

22 February 2022
Zoom, 19 Feb - Pada 19 Februari yang lepas, Ninjakeris telah menjalankan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar yang t...

Penampilan Ninjakeris di Jurnal The Kyoushi Community

03 September 2021
Pada 31 Ogos lepas, Malaysia Community of Japanese Language Educator telah menerbitkan jurnal mereka The Kyoushi Comm...
Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.