Forum Ninjakeris bersama Rakan dari Jepun

13
September 2021

Zoom, 13 Sept - Pada 9 September lepas, Penyelaras Akademik Ninjakeris, Encik Muhammad Shahirffan Addam telah mengendalikan sebuah forum bercirikan TED Talk bersama rakan dari Jepun, Encik Tsuyoshi. Program ini dijalankan dengan tujuan memperkukuh penguasaan bahasa Jepun pelajar, di samping membina jaringan pelajar Ninjakeris bersama rakyat Jepun.

Poster forum bertajuk いっしょに日本語を学びましょう

Forum yang dilaksanakan di platform Zoom ini sepatutnya dijalankan pada 7 September 2021, namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, Ninjakeris terpaksa menunda sesi ini ke 9 September 2021. Forum ini mendapat sambutan yang hangat dari pelajar Ninjakeris, yang mana kebanyakan pelajar menanyakan soalan kepada Encik Tsuyoshi.

Encik Shahirffan dalam sebuah kenyataan menyebut bahawa sesi sebegini mampu menggalakkan pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari, dan memberikan peluang untuk pelajar merasai first-hand experience berinteraksi dengan rakyat Jepun.

Sesi ini boleh ditonton di YouTube Ninjakeris di pautan https://youtu.be/uEy6dIeedio.

Gambar peserta ketika forum berlangsung.

Artikel Popular

Pelantikan Nurul Iman Noor Azman sebagai Guru Bahasa Jepun

24 March 2021
Ninjakeris mengumumkan pelantikan saudari Nurul Iman Noor Azman sebagai Guru Bahasa Jepun, Ninjakeris berkuatkuasa 13...

Pertemuan Pengasas Ninjakeris bersama YB Tun Dr Mahathir

19 May 2021
Pada 5 Mei lepas, para pengasas Ninjakeris telah mengadakan pertemuan bersama YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Ahli P...

Taklimat Batch ke-4 Ninjakeris pada 4 Sept 2021

05 September 2021
Sabtu lepas, 4 September 2021, Ninjakeris telah menganjurkan sesi taklimat buat pelajar Batch ke-4 bagi meraikan dan ...
Hakcipta Terpelihara © Ninjakeris Academy (RA0075488-W).
Dibangunkan oleh Grocern.